Wanita Dicekik Sampai Mati Ketika Mengadakan Hubungan Intim Kasar

MEXICO CITY - Seorang ahli psikologi telah meninggal dunia selepas dicekik semasa melakukan hubungan seks secara kasar.

Tania Trinidad Paredes, 23 tahun ditemui mati di Mexico City pada rumah rakannya yang berusia 32 tahun Juan Javier Jonathan Ruiz Torres.

Menurut Ruiz Torres, dia sedang minum dengan Paredes dan rakan sebiliknya, Jose Luis Arzate Martinez.

Paredes mencadangkan mereka bertiga melakukan hubungan, tetapi Arzate Martinez menolak tawaran itu.

Sebaliknya Ruiz Torres dan Paredes memutuskan untuk melakukan seks secara kasar.



Semasa melakukan hubungan itu, dia bertanya kepada saya untuk mencekik lehernya dan menamparnya kerana dia suka seks ganas, " kata Ruiz Torres memberitahu polis .

Katanya, beliau dicekik dengan kabel mengikut permintaan, tetapi kemudian wanita itu secara tiba-tiba mati.

Pemeriksaan bedah siasat mendapati punca kematian adalah kelemasan dan tulang lehernya telah pecah. Siasatan masih dijalankan.
Tag : SEMASA, SERAM
Back To Top