Selain itu, turut tersebar rakaman perbualan telefon yang dikatakan antara kakak angkatnya berusia 23 tahun dengan mangsa Menerusi rakaman perbualan tersebut, Nur Amirah Atirah mendakwa dirinya dilarikan dan dikurung oleh sekumpulan lelaki.
Selain menceritakan dia telah di bawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih tetapi tidak sempat melihat nombor pendaftaran kenderaan terbabit kerana matanya telah ditutup dengan kain.
Keadaan Nur Amirah Atirah dalam perbualan tersebut ternyata ketakutan, risau akan nasibnya sambil menangis merayu meminta bantuan dan mahu diselamatkan dengan kadar segera.
Namun perbualan mangsa terhenti seolah-olah ada individu lain yang menyedari dia sedang bercakap menerusi telefon dan menghalang perbualan tersebut Berikut adalah rakaman dipercayai perbualan Nur Amirah Atirah yang menceritakan detik dan keadaan semasa tentang dirinya.
Tag :
LAWAK